FORUM SIPartners+ DAN SISC+ PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Forum 2

Forum SIPartners+ dan SISC+ Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2017, bertempat di Eastin Hotel, Petaling Jaya, adalah julung-julung kalinya dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Unit Pelaksanaan & Prestasi (PADU), sepanjang kewujudan SIPartners+ dan SISC+ di bawah inisiatif DTP sejak 2014.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, bertemakan “MEMPERKASAKAN PERANAN SIPARTNERS+ DAN SISC+ DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21”. Forum telah disertai oleh seramai 52 orang SIPartners+ dan seramai 162 orang SISC+ dari seluruh negara serta14 orangĀ  Program Manager bagi setiap JPN .

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merasmikan forum ini.

Advertisements