Terima kasih Urus Setia …Anda Memang ManTOP

Forum urus setia

Apa kata urus setia…

“Sy mewakilkan urusetia dan facilitator Forum Sip+ & sisc+ 2017 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta di atas Komitmen yg sangat baik sepanjang forum berlangsung. Semoga ilmu yg kita timba dpt disampaikan kepada rakan2 yg tidak hadir utk forum kali ini. Mohon maaf di atas sebarang kekurangan forum yg julung kali diadakan. Semoga kita dapat berjumpa lg satu hari nnti. Terima kasih”

Apa kata peserta…

Forum kata

dan…

Forum kata2

 

Advertisements

FORUM SIPartners+ DAN SISC+ PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Forum 2

Forum SIPartners+ dan SISC+ Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2017, bertempat di Eastin Hotel, Petaling Jaya, adalah julung-julung kalinya dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Unit Pelaksanaan & Prestasi (PADU), sepanjang kewujudan SIPartners+ dan SISC+ di bawah inisiatif DTP sejak 2014.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, bertemakan “MEMPERKASAKAN PERANAN SIPARTNERS+ DAN SISC+ DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21”. Forum telah disertai oleh seramai 52 orang SIPartners+ dan seramai 162 orang SISC+ dari seluruh negara serta14 orangĀ  Program Manager bagi setiap JPN .

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merasmikan forum ini.